4 kesilapan biasa orang bila membeli emas, jangan ulangi. Tular di media sosial mengenai suasana kedai-kedai emas yang sesak dibanjiri oleh pelanggan berikutan harga emas yang turun secara drastik.
Bagaimanapun Niaga Kini difahamkan penurunan harga logam berharga ini mungkin hanya berlaku secara sementara justeru ini panduan yang disediakan oleh Kelantan Gold Trade Sdn Bhd supaya tidak salah percaturan membeli emas.
4 kesilapan membeli emas
1) Beli dan tunggu harga emas naik untuk dijual dengan nilai yang lebih tinggi.
Kesannya mereka akan rasa rugi apabila harga emas jatuh untuk jangka masa panjang.
2) Beli emas sekadar untuk suka-suka.
Kebiasaannya, mereka yang membeli emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu tentang emas.
Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mengfungsikan emas.
Ini akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak untuk gunakan ‘wang tunai’ di saat memerlukan, mereka tidak tahu nak jual di mana. Mereka tidak tahu bagaimana nak jual.
Manakala bagi yang mempunyai kewangan yang sudah cukup kukuh, mereka juga akan alami masalah besar apabila mereka merasakan emas tidak penting bagi mereka dan dirasakan ia hanyalah suatu bebanan untuk menyimpannya, lalu mereka jual tanpa berfikir panjang.
Sedangkan emas adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan ekonomi, politik dan kewangan.
3) Beli emas tetapi untuk simpanan jangka masa pendek.
Ada orang beli emas dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai emas turun.
Tetapi dari sudut positif, ia berjaya mengawal wang simpanan yang ditukar dalam bentuk emas itu bertahan di dalam gengaman untuk beberapa tempoh tertentu.
Jika tidak, mungkin wang simpanannya akan habis dalam tempoh yang lebih singkat akibat keborosan atau keterpaksaan untuk gunakan wang tunai.
4) Beli emas bagi tujuan untuk pelaburan.
Persepsi ini amat salah, kerana membeli emas bukan satu pelaburan, tetapi beli emas adalah sebagai simpanan.
Keuntungan membeli emas adalah dengan memiliki emas, semakin banyak emas yang disimpan, makin bertambah nilai emas dan juga kekayaan seseorang.Perlu faham apa itu pelaburan.
Pelaburan adalah sesuatu bentuk untuk mendapat keuntungan melalui kebergantungan individu terhadap usaha orang lain atau syarikat mahupun persatuan.
Konsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Apabila kita melabur, yang pastinya kita akan ternantikan keuntungan dan juga perlu berani untuk menangung risiko kerugian.
BACA:
Doktor pakar dedah 70 peratus pesakit buah pinggang dikesan ambil produk kecantikan
Beli helmet Iron Man buat goreng ikan, suami terkejut beruk
Atlet gimnastik Malaysia macam muka Syed Saddiq, jadi bualan warganet